Friday 29 September 2017

Permainan Menyambut Hantu, The Hosting Game

Permainan ini memerlukan bilik kecil yang kosong. Sumber gambar
The Hosting Game adalah permainan atau ritual di mana seseorang pemain akan menjemput makhluk alam ghaib seperti hantu ke rumah. Permainan ini sangat mencabar memandangkan ada arahan yang ada melarang pemain untuk melihat ke belakang. Sebagai manusia, ia adalah naluri untuk mempunyai rasa ingin tahu dan ada kalanya rasa ingin tahu itu boleh mengundang ketakutan.

Thursday 28 September 2017

Cara Bermain The Red Book Game

game hantu red book
Ritual ini memerlukan buku berkulit keras yang berwarna merah. Sumber gambar
El Juego Del Libro Rojo atau The Red Book Game adalah permainan hantu di mana seseorang pemain akan bertanya soalan kepada alam ghaib melalui buku berkulit keras yang berwarna merah. Permainan atau ritual yang melibatkan pertanyaan soalan kepada alam ghaib seperti game ini adalah Satoru-kun dan The Answer Man.

Cara Bermain Permainan Hantu Dry Bones

game hantu dry bones
Cermin diperlukan dalam ritual ini. Sumber gambar
Permainan Dry Bones adalah ritual di mana seseorang pemain akan bermain permainan sembunyi-sembunyi dengan hantu atau syaitan atau makhluk alam ghaib. Game ini hampir sama dengan game hantu yang lain seperti Hitori Kakurenbo dan the Midnight Game. Dalam permainan ini, seseorang pemain boleh menunaikan hajat tetapi seperti biasa, setiap hajat, pasti ada bayaran.

Saturday 23 September 2017

Permainan Hantu Lady Spades

Hasil karya Katheairene di Deviantart. Sumber gamber
Lady Spades adalah permainan menyeru hantu yang mana berkongsi persamaan dengan ritual Bloody Mary Game. Namun, tidak seperti hantu Bloody Mary, di dalam permainan ini, seseorang pemain boleh meminta untuk hajat mereka ditunaikan. Sudah tentu, ia tidak ditunaikan begitu sahaja. Setiap hajat, pasti ada harganya...

Thursday 21 September 2017

Permainan Menyeru Hantu Satoru-kun

Game ini memerlukan telefon awam. Jika tidak jumpa telefon awam dalam pondok seperti rajah ini, telefon awam biasa yang menggunakan syiling sahaja mungkin boleh. Sumber gambar
Permainan Satoru-kun adalah game hantu atau ritual di mana seseorang pemain akan menyeru hantu yang dipanggil sebagai 'Satoru-kun'. Pemain yang berjaya menyeru hantu ini boleh mendapat jawapan untuk apa sahaja persoalan yang ditanya kepadanya.

Sunday 17 September 2017

Cara Mengambil Gambar Hantu Dengan The Picture Game

cara picture game hantu
game ini memerlukan kamera. sebaiknya bukan kamera digital walaupun masih boleh. sumber gambar
The Picture Game adalah sebuah permainan atau ritual yang mana membolehkan pemain-pemain menangkap gambar hantu melalui kamera. Permainan ini walaubagaimanapun tidak dapat dilakukan secara seorang diri dan penggunaan telefon bimbit adalah tidak digalakkan.

Friday 15 September 2017

Cara Memanggil Roh Kanak-kanak Melalui Charlotte's Web Game

game hantu charlotte web
permainan ini memerlukan sebuah mainan. sumber gambar dinyakatan di artike sebelum ini.
Charlotte's Web adalah sebuah permainan yang mana melibatkan hantu atau roh seorang kanak-kanak perempuan yang dipercayai 'lenyap' atau mati di hutan. Permainan ini memerlukan mainan untuk menarik hantu kanak-kanak itu. Sama ada ia merbahaya atau tidak, terpulang kepada pendapat pembaca.