Thursday 28 September 2017

Cara Bermain Permainan Hantu Dry Bones

game hantu dry bones
Cermin diperlukan dalam ritual ini. Sumber gambar
Permainan Dry Bones adalah ritual di mana seseorang pemain akan bermain permainan sembunyi-sembunyi dengan hantu atau syaitan atau makhluk alam ghaib. Game ini hampir sama dengan game hantu yang lain seperti Hitori Kakurenbo dan the Midnight Game. Dalam permainan ini, seseorang pemain boleh menunaikan hajat tetapi seperti biasa, setiap hajat, pasti ada bayaran.

Tetapi ingat, jika hajat anda adalah untuk menyakiti orang lain, atau bermain permainan ini dengan cara dan niat agar orang lain teraniaya, perkara buruk akan datang kepada anda. Permainan ini hanya boleh dimain sekali sahaja.

Permainan ini memerlukan seorang pemain sahaja.

Cara Bermain Permainan Dry Bones.
Bahan dan Tempat yang Diperlukan.

1. Bilik mandi.

2. Sebuah cermin. Sama ada cermin dinding berdekatan sinki atau cermin mudah-alih dibenarkan.

3. Mancis. Mancis tidak boleh mancis lain selain daripada mancis kayu.

4. Jam. Ini terpulang kepada pemain dan tidak penting. Tetapi sangat digalakkan kepada pemain untuk mengetahui perkembangan waktu.

5. Pemain harus menentukan dan tahu di manakah bilik atau ruang yang paling besar di dalam rumah.

Cara Memulakan Permainan Hantu Ini.


1. Sebelum memulakan permainan, pastikan rumah atau tempat yang dipilih langsung tidak ada seorang manusia selain anda. Haiwan-haiwan perliharaan juga tidak boleh berada di rumah itu. Jika mereka ada, mereka mungkin menjadi mangsa hantu itu.

Tetapi jika pemain sengaja membiarkan orang lain ada di rumah ketika bermain game ini semata-mata agar mereka teraniaya, pemain juga akan turut teraniaya.

Orang lain boleh melawat rumah anda apabila matahari sudah terbit.

2. Jika cermin belum diletakkan di tempatnya, letakkan ia segera.

3. Pastikan mancis kayu sentiasa ada bersama. Begitu juga dengan jam.

Cara Menyeru Hantu Itu.


1. Mulakan game ini pada pukul 12:01 pagi (00:01).

2. Pastikan semuanya tertutup di rumah anda. Semuanya termasuk pintu, tingkap, almari, kabinet, skrin komputer riba, laci dan lain-lain.

3. Matikan semua lampu di rumah anda. Begitu juga dengan benda-benda yang boleh menyebabkan bunyi.

4. Masuk ke bilik mandi. Tutup pintu itu. Begitu juga dengan tingkap jika ada. Ingat, semuanya harus tertutup.

5. Lihat ke cermin.

 *Ketika ini, jika anda terdengar bunyi yang ganjil, jangan teruskan. Keluar dari bilik mandi, tinggalkan rumah anda, lalu pergilak ke mana-mana sahaja tempat yang selamat. Jangan pulang ke rumah selagi belum siang atau matahari terbit.

 *Jika tidak terdengar bunyi-bunyi yang ganjil, boleh teruskan permainan.

6. Fikirkan satu hajat yang sangat diinginkan. Fikirkannya dengan bersungguh-sungguh. Jika boleh, visualisasikan.

7. Nyalakan mancis kayu. Biarkan ia terpadam dengan sendiri.

 *Jika mancis kayu itu terpadam dalam tempoh kurang 15 saat, jangan teruskan permainan. Segera tinggalkan rumah dan pergi ke tempat yang selamat. Jangan kembali sehingga hari siang atau matahari terbit.

 *Jika mancis kayu tidak terpadam selama sekurang-kurangnya 15 saat, teruskan game.

8. Baring di lantai dan katakan ayat berikut, "Aku sedar akan kehadiranmu. Aku mengalu-alukan kamu ke rumahku tetapi bukan ke jasadku. Datanglah sekarang".

9. Tinggalkan bilik mandi. Jangan lupa tutup pintu. Pergilah ke bilik terbesar di dalam rumah. Tutup pintu segera setelah masuk.

10. Tunggu.

 *Jika anda terdengar bunyi selain daripada bunyi mengerang yang perlahan atau/dan bunyi ketuk-ketuk yang perlahan, jangan teruskan. Tinggalkan rumah anda, pergi ke tempat selamat dan jangan pulang selagi hari belum siang.

 *Jika terdengar bunyi mengerang yang perlahan atau bunyi ketuk-ketuk yang tidak kuat, boleh teruskan permainan.

Cara Bermain Game Ini dan Bersembunyi.

Pergi ke tempat persembunyian itu dengan pantas tapi penuh berhati-hati dan berjaga. Jangan lakukan apa-apa yang menghasilkan bunyi. Kekal bersembunyi sehingga pukul tiga pagi (0300). Jangan biar ia berada berhampiran. Jangan biar ia terdengar anda. Jangan biar hantu itu menangkap anda. Jika tertangkap, anda mungkin akan cedera parah, kerasukan, atau mati.

Cara Menamatkan Permainan.

1. Jika sudah pukul tiga pagi (0300), kembali ke bilik terbesar tadi. Tutup pintu dan katakan ayat berikut, "Terima kasih kerana bermain tetapi kamu mesti keluar dan pergi sekarang. Kamu sudah tidak lagi dialu-alukan". Jika tidak terdengar apa-apa bunyi, ulang ayat itu beberapa kali dengan tegas dan jelas. Anda mungkin terdengar bunyi seperti bunyi dia mengerang. Jika ada, dia sudah beredar.

2. Jika anda berjaya bersembunyi, anda sudah menang. Hajat anda mungkin akan ditunaikan.

Peringatan Kepada Pemain.

1. Hanya kerana hantu itu sudah pergi, tidak semestinya ia tidak lagi akan 'melawat' pemain. Ia mungkin tidak dapat mengapa-apakan pemain melainkan pemain bermain game ini lagi. Jangan bermain permainan ini lebih daripada sekali. Atau lebih baik, jangan main langsung.

2. Jangan meminta untuk menyakiti seseorang atau bermain game ini semata-mata orang lain terseksa. Jika buat juga, pemain juga akan menerima nasib yang sama.

3. Berhati-hati ketika bersembunyi. Jangan bergerak perlahan tetapi jangan pula terlalu laju sehingga lupa untuk berjaga-jaga.

4. Pastikan telefon bimbit yang dibawa berada dalam mod senyap. Jangan biarkan cahaya telefon bimbit itu terlalu terang. Jika ada mod malam, aktifkan.

5. Pastikan tiada sesiapa melawat anda ketika permainan. Kunci pintu rumah agar tiada orang lain dapat masuk. Tapi pastikan kunci rumah sentiasa dibawa ketika permainan.

6. Jika anda membawa kunci, bawa satu kunci sahaja. Jika lebih, jangan biarkan kunci-kunci itu berada pada gelang atau diikat bersama. Biarkan berasingan. Ini bertujuan untuk mengelakkan bunyi.

7. Haiwan perliharaan juga boleh terancam jika bermain permainan ini. Pastikan haiwan perliharaan tidak berada di dalam rumah.

8. Jangan memakai selipar atau kasut ketika permainan. Pakai stokin untuk mengurangkan bunyi tapak kaki.

9. Jika ada objek yang berunsur keagamaan yang anda percaya boleh melindungi anda, bawa.

10. Jika ada hajat, janganlah meminta makhluk alam lain atau hantu yang menunaikannya. Biarlah ia menjadi kenyataan dengan usaha sendiri. Artikel ini hanya untuk tujuan hiburan dan bacaan semata-mata. Setiap permintaan kepada hantu atau syaitan, pasti ada bayarannya.

11. Jika jam yang dibawa anda penggera, pastikan ia tidak berbunyi semasa permainan. Jika bawa telefon, matikan penggera.

12. Jangan tiup mancis kayu di langkah 7 di bahagian Cara Menyeru Hantu. Biarkan ia mati sendiri. Jika anda tiup sama ada sengaja atau tidak, tinggalkan rumah, pergi ke tempat selamat dan jangan balik selagi belum siang.

13. Ketika menunggu di bilik terbesar, ia mungkin akan mengambil masa lama. Mungkin sehingga berjam-jam.

14. Hajat yang diminta biarlah logik dan masuk akal. Jika anda minta benda mengarut seperti ingin terbang atau benda yang bukan-bukan yang bertentangan dengan hukum fizik, jangan harap ia dimakbulkan.

15. Sekali lagi, permainan hantu ini hanya boleh dimain sekali. Lebih baik, jangan main langsung.

Penghargaan kepada: redditor yomomma56, reddit/r/nosleep, theghostinmymachine.wordpress.com, scaryforkids.com, hideandgokill.wikia.com