Tuesday 12 September 2017

Permainan The Midnight Game

permainan the midnight game
gambar hanya sebagai hiasan sahaja. sumber gambar
Midnight Gane adalah sejenis ritual lama oleh agama pagan lama yang pernah digunakan sebagai hukuman kepada mereka yang telah melanggar peraturan atau undang-undang agama Pagan.

Walaupun ia hanyalah sebagai tujuan untuk menakut-nakutkan kepada mereka yang tidak mematuhi dewa-dewa dalam agama Pagan, Midnight Game tetap boleh mengundang kematian kepada pemain-pemain.

Disarankan kepada pemain untuk tidak mencuba game hantu ini kerana ada kebarangkalian yang agak tinggi yang ia akan menyebabkan trauma atau ketakutan mental yang kekal. Tetapi, kepada mereka yang masih degil dan sangat berani, jika ingin bermain game ini, harus lah mengikuti langkah-langkah dan peraturan yang ditetapkan...

Cara Bermain The Midnight Game.

Bahan-bahan yang diperlukan pemain.

- Sebatang lilin.

- Bahan menulis seperti kertas dan pen atau pensil.

- Mancis.

- Garam.

- Pintu kayu.

- Sekurang-kurangnya setitik darah pemain.

Jika The Midnight Game dilakukan oleh lebih daripada seorang pemain, maka setiap pemain harus menyediakan sendiri bahan mereka dan melakukan langkah-langkah yang akan diberikan sewajarnya.

Langkah-langkah Permainan The Midnight Game.

Langkah Pertama:
Pemain hendaklah menulis nama penuhnya di atas sekeping kertas. Kemudian, pemain hendaklah menitikkan setitik darah pemain di atas kertas. Darah tersebut hendaklah darah pemain sendiri dan dibiarkan meresap ke dalam kertas tadi.

Langkah Kedua:

Pemain dikehendaki untuk menutup semua lampu di tempat pemain melakukan game hantu atau ritual ini. Pemain disarankan untuk tidak melakukan game hantu ini di rumah sendiri atau rakan atau ahli keluarga lain. Kemudian, pemain hendaklah ke pintu kayu tadi dan letakkan kertas yang mempunyai darah dan nama penuh pemain tadi di hadapan pintu kayu. Kemudian, pemain akan mengambil lilin tadi dan nyalakan kemudian letakkan di atas kertas tadi.

Langkah Ketiga:

Pemain mesti mengetuk pintu kayu tadi sebanyak 20 (dua puluh) kali. Jam harus betul-betul tepat pukul 12 tengah malam (00:00) apabila sudah sampai untuk ketukan tadi. Kemudian, pemain akan membuka pintu kayu tadi lalu padamkan lilin dan tutup semula pintu kayu tersebut. Ketika ini, pemain telah menjemput hantu atau syaitan yang dipanggil sebagai 'Midnight Man' ke dalam rumah. Kali ini, game sudah bermula dan merbahaya.

Langkah Keempat:

Pemain mesti segera hidupkan semula lilin tadi sepantas mungkin. Pemain akan merayau di dalam rumah dalam keadaan yang sangat gelap dengan hanya lilin tadi sebagai cahaya. Tujuan pemain dalam game hantu ini adalah mengelakkan diri daripada tertangkap oleh hantu atau entiti 'Midnight Man' tadi sehinggalah pukul 3:33 Pagi (03:33). Apabila cahaya lilin terpadam atau hampir terpadam, ia bermakna hantu 'Midnight Man' sedang berada berhampiran pemain. Pemain harus segera menghidupkan lilin semula dalam 10 (sepuluh) saat seterusnya.

Jika pemain gagal mengelakkan hantu 'Midnight Man' dalam game ini, pemain hendaklah membuat satu bulatan menggunakan garam dan masuk ke dalam bulatan itu, atau dengan kata lain, tabur bulatan di sekeliling pemain. Jika gagal mengelak hantu 'Midnight Man' dan gagal membuat bulatan garam, dikatakan hantu atau syaitan tersebut akan membuat satu halusinasi berkaitan perkata yang paling menakutkan pemain, dan akan mengoyakkan atau mengeluarkan organ pemain satu-persatu. Dikatakan pemain akan merasainya namun tidak dapat memberi reaksi.

Andaikata pemain dapat membuat bulatan garam, pemain hendaklah kekal di dalam bulatan tersebur sehinggalah pukul 3:33 Pagi (03:33).

Jika pemain tidak dapat menghidupkan semula lilin, pemain masih boleh meneruskan permainan atau game hantu ini sehinggalah pukul 3:33 Pagi tanpa ditangkap hantu 'Midnight Man' atau kekal di dalam bulatan garam untuk memenangi The Midnight Game. Hantu 'Midnight Man' akan meninggalkan rumah pada pukul 3:33 Pagi dan pemain akan selamat ketika itu. Namun, pemain sebaiknya tunggu dulu sekurang-kurangnya 10 (sepuluh) minit selepas game tamat jika berada di dalam bulatan garam atas langkah berjaga-jaga.

Untuk pengetahuan tambahan kepada pemain, hantu atau syaitan yang dipanggil 'Midnight Man' tersebut akan menyebabkan suhu menurun secara mendadak jika berhampiran dengan pemain. Dikatakan juga pemain mungkin boleh melihat sesuatu lembaga gelap berbentuk humanoid di dalam gelap dan boleh mendengar bisikan lembut yang datang daripada sesuatu yang tidak mampu dijelaskan. Jika pemain mengalami hal-hal seperti ini ketika bermain The Midnight Game, pemain mesti segera beredar atau meninggalkan tempat tersebut untuk mengelakkan diri daripada ditangkap oleh hantu 'Midnight Man'.

Berikut adalah peraturan yang harus dipatuhi pemain ketika bermain The Midnight Game:

1. Jangan sesekali memasang lampu ketika bermain game hantu ini.

2. Jangan sesekali tidur ketika bermain The Midnight Game.

3. Jangan sesekali menggunakan lampu suluh ketika bermain game hantu ini.

4. Pemain dilarang untuk menggunakan darah orang lain untuk nama anda.

5. Jangan menggunakan mancis untuk menggantikan lilin. Ia tidak akan menjadi. Mancis hanya untuk menghidupkan lilin sahaja.

6. Jangan sesekali menentang hantu 'Midnight Man'.

Penghargaan kepada: Creepypasta dan Reddit/r/nosleep.