Friday 15 September 2017

Cara Memanggil Roh Kanak-kanak Melalui Charlotte's Web Game

game hantu charlotte web
permainan ini memerlukan sebuah mainan. sumber gambar dinyakatan di artike sebelum ini.
Charlotte's Web adalah sebuah permainan yang mana melibatkan hantu atau roh seorang kanak-kanak perempuan yang dipercayai 'lenyap' atau mati di hutan. Permainan ini memerlukan mainan untuk menarik hantu kanak-kanak itu. Sama ada ia merbahaya atau tidak, terpulang kepada pendapat pembaca.

Siapakah Charlotte?
Charotte adalah seorang kanak-kanak perempuan yang mana ibunya dituduh seorang ahli sihir dan dihukum bakar pada era 1400s. Untuk pengetahuan, pada ketika itu terutamanya di negara-negara barat, biasanya Amerika Syarikat, hukuman kepada mereka yang dipercayai mengamalkan ilmu sihir adalah bakar sehingga mati. Bila ditulis 'sehingga mati', maknanya dia akan dibakar hidup-hidup. Namun, terdapat beberapa kes di mana wanita yang disalah-sangka mengamalkan amalan itu dibakar hidup-hidup walaupun hakikatnya sebaliknya. Ini menunjukkan pemikiran orang zaman dahulu walaupun di Barat yang kini telah maju, cukup bodoh apabila melakukan satu tindakan secara mendadak tanpa sebarang usul periksa.

Walaubagaimanapaun, dalam cerita Charlotte ini, setelah kematian ibunya, dia pun melarikan diri ke hutan di mana dia akan hilang dan mati. Tidak tahu jika dia ditemui atau adakah cerita ini benar atau tidak.

Cara Bermain Charlotte Web.

Game ini memerlukan dua orang pemain.

Bahan dan tempat yang diperlukan.

1. Sebuah bilik tanpa tingkap. Jika langsung tiada bilik tanpa tingkap, tutup tingkap yang ada sepenuhnya.

2. Lampu suluh. Jangan gunakan lilin atau apa sahaja yang dibakar. Dipercayai hantu kanak-kanak ini tidak suka api.

3. Sebuah mainan.

4. Sebuah cermin. Biarlah cukup tinggi besar.

5. Sebuah meja dan dua kerusi.

Persediaan:

1. Mulakan dengan ke bilik yang dipilih. Jika ada tingkap, tutup menggunakan tabir yang panjang atau kain atau papan sepenuhnya.

2. Letakkan kedua kerusi itu di bilik. Kedudukan kerusi itu hendaklah bersebelahan dan harus menghadap arah yang sama. Jarak  antara kedua kerusi itu dalam dua kaki.

3. Letakkan cermin itu di hadapan kedua kerusi itu. Pemain sepatutnya boleh melihat diri sendiri melalui cermin itu jika duduk di kerusi yang diletakkan tadi. Tapi jangan dulu duduk di kerusi itu.

4. Letakkan sebuah meja di belakang kerusi-kerusi tadi. Pemain sepatutnya boleh melihat meja itu melalui cermin jika duduk di kerusi tadi. Sekali lagi, jangan dulu duduk di kerusi itu.

5. Letakkan mainan di atas meja tadi. Pemain sepatutnya boleh melihat mainan itu di antara kedua kerusi dan di atas meja melalui cermin jika berada di kerusi tadi. Jangan dulu duduk kerusi itu.

6. Hidupkan lampu suluh lalu matikan lampu di bilik itu.

Cara Permainan:

1. Sekarang, pemain sudah boleh duduk di kerusi. Kedua pemain harus duduk pada masa yang sama.

2. Pandang ke cermin itu.

3. Katakan ayat berikut secara bersama-sama atau serentak, "We want to play Charlotte's Web" (Ia bermaksud, "kami ingin bermain Charlotte Web"). Sebaiknya dalam bahasa Inggeris memandangkan hantu Charlotte menggunakan bahasa Inggeris.

4. Tunggu. Pandang cermin itu sahaja.

5. Tunggu lagi dan pandang hanya cermin itu sahaja.

6. Jangan berasa takut. Pandang cermin itu sahaja.

7. Hantu atau roh kanak-kanak itu boleh tahu jika pemain takut. Pandang cermin itu sahaja dan bersabar.

8. Tunggu dan pandang cermin itu sahaja.

9. Perhatikan mainan yang diletakkan itu melalui cermin. Jangan sesekali menoleh ke belakang.

10. Jika hantu kanak-kanan itu mengambil mainan itu, bermakna dia suka (jika sebaliknya, teruskan membaca). Dia adalah roh seorang kanak-kanak dan sukakan perhatian. Pemain boleh berbual dengannya dan bertanya soalan berganti-ganti. Pandang cermin itu sahaja dan dilarang sama sekali untuk menoleh ke belakang. Jika sudah selesai, boleh tamatkan permainan.

Cara Menamatkan Game Hantu Ini.

1. Untuk menamatkan permainan ini, jangan toleh ke belakang dan pandang cermin itu sahaja. Katakan ayat berikut secara serentak atau bersama-sama, "Goodbye, Charlotte" (bermaksud "Selamat tinggal, Charlotte"). Sekali lagi, biarlah dalam bahasa Inggeris.

2. Jangan toleh ke belakang. Pandang hanya cermin itu sahaja.

3. Jika berjaya, hantu atau roh kanak-kanak itu akan pergi. Dia akan pergi bersama mainan yang dihadiahkan kepadanya. Jika dia sudah hilang daripada pandangan cermin, atau dengan kata lain tidak boleh dilihat lagi melalui cermin itu, pemain sudah dibenarkan untuk menoleh ke belakang. Pastikan dia betul-betul pergi dan hilang sebelum menoleh ke belakang.

4. Pasang lampu.

5. Jangan main lagi permainan ini.

Peringatan kepada pemain:

1. Jika Charlotte tidak mengambil mainan itu seperti di langkah 10 Cara Permainan, bermakna dia tidak suka mainan itu. Dia adalah kanak-kanak dan boleh marah. Permainan tidak boleh diteruskan. Jangan toleh ke belakang dan tamatkan permainan seperti yang dinyatakan di atas.

2. Jangan gunakan apa sahaja alat atau bahan yang menggunakan api. Hantu atau roh ini tidak suka api. Gunakan lampu suluh sahaja.

Jika ada lampu yang berbentuk seperti api tapi bukan api, disarankan jangan guna.

3. Jika sudah duduk di kerusi, jangan sesekali melihat tempat lain selain cermin. Jangan menoleh ke belakang, jangan melihat tepi, jangan melihat pemain di sebelah. Dikatakan ini boleh membuatkan hantu itu marah.

4. Game hantu ini boleh dimain pada bila-bila masa sahaja tapi disarankan pada waktu tengah malam apatah lagi jika bilik yang dipilih bertingkap.



5. Patuh arahan dan jangan biarkan dia marah.

Penghargaan kepada: theghostinmymachine.wordpress.com