Permainan ini memerlukan 10 telefon bimbit. pilih yang murah sahaja. sumber gambar |
Dalam permainan ini, pemain akan menjadi pemanggil yang akan memanggil hantu yang dipanggil sebagai 'the answer man'. Kononnya pemain boleh bertanya apa sahaja soalan kepada hantu itu namun setiap kali pemain bertanyakan soalah, hantu itu juga akan bertanyakan soalan. Jawapan kepada soalannya hendaklah betul dan dilarang sama sekali bermain tipu. Jika tidak, the answer man akan membunuh.
Cara Bermain Permainan The Answer Man.
Untuk memulakan game ini, ia memerlukan sepuluh (10) orang pemain serta sepuluh (10) telefon bimbit. Tidak perlulah telefon bimbit yang mahal kerana telefon-telefon bimbit itu harus dimusnahkan selepas permainan tamat. Sudah tentu, ia juga memerlukan kad sim yang cukup kredit dan isyarat telefon yang cukup baik.
Permulaan Permainan.
1. Mulakan game ini di mana sahaja dan pada bila-bila masa yang pemain mahu. Boleh buat pada waktu siang jika tidak berani mencuba pada waktu malam.
2. Kesemua sepuluh pemain hendaklah berkumpul dalam satu bulatan. Pastikan setiap pemain ada telefon bimbit.
3. Setiap pemain hendaklah memberikan nombor telefon bimbit mereka kepada pemain di sebelah kanan, sebaiknya ditulis di kertas supaya lebih senang. Ini bermakna setiap pemain boleh menghubungi telefon bimbit milik pemain yang berada di sebelah kiri mereka.
4. Dalam kiraan satu hingga tiga, semua pemain hendaklah menghubungi pemain yang berada di sebelah kiri merkea secara serentak.
*Jika kesemua sepuluh (10) pemain menerima 'isyarat sibuk' atau panggilan masuk ke peti suara (voicemail), game ini telah batal. Tidak perlu teruskan dan boleh cuba lagi lain kali.
*Jika hanya sembilan (9) pemain menerima 'isyarat sibuk' atau panggilan masuk ke peti suara, game ini telah berhasil. Jika ini terjadi, telefon bimbit milik salah-seorang pemain (yang selain daripada sembilan orang tadi) sudah dijawab oleh hantu itu. Pemain akan dapat mendengari suara mula bercakap.
Perbualan.
1. Pemain yang berjaya menghubungi hantu yang dipanggil 'the answer man' itu boleh bertanya apa sahaja soalan.
2. Pemain itu hendaklah mendengar jawapan yang diberikan oleh hantu itu dengan teliti.
3. Setelah hantu 'the answer man' selesai memberikan jawapan, tibalah gilirannya pula untuk bertanyakan soalan kepada pemain.
4. Pemain itu mesti menjawab soalan yang diberikan oleh hantu tersebut. Jawapan yang diberika mestilah jujur, ada kebenaran dan tepat.
5. Pemain boleh mengulangi proses ini sebanyak mana yang dimahukan tetapi ingat, jika jawapan salah, akan ada akibatnya.
Cara Menghentikan Permainan.
1. Apabila pemain sudah mendapat jawapan yang dimahukan dan sudah menjawab soalan daripada hantu itu, pemain hendaklah menamatkan panggilan dengan memberitahu 'the answer man' yang dia harus pergi.
2. Berhati-hati. Hantu ini akan mencuba untuk meneruskan panggilan malah boleh menawarkan maklumat atau pengetahuan secara percuma. Apa sahaja yang ditawarkannya, tolak dan bertegas untuk menamatkan panggilan. Pemain harus mengulangi sebab dia harus berhenti berulang-kali.
3. Jika pemain terus bertegas untuk menamatkan panggilan, lama-kelamaan 'the answer man' akan mengucapkan selamat tinggal dan menamatkan panggilan. Ketika ini, panggilan telah ditamatkan.
4. Pastikan panggilan betul-betul sudah tamat. Jika sudah, segera hapuskan semua telefon-telefon bimbit yang digunakan di dalam game atau permainan hantu ini.
Peringatan Kepada Pemain:
1. Kepada pemain yang berjaya menghubungi hantu itu, tidak digalakkan untuk menyerahkan telefon bimbit kepada pemain lain atau membenarkan pemain lain bertanyakan soalan. Orang yang berjaya menghubungi 'the answer man', adalah orang yang dipilih olehnya.
2. Tidak digalakkan kepada pemain yang berjaya memanggil hantu itu menggunakan speaker atau pembesar suara ketika sedang berhubung dengannya.
3. Telefon-telefon bimbit yang dimusnahkan, haruslah betul-betul musnah termasuklah kad sim. Musnahkan kad sim, dan hancurkan telefon bimbit itu. Jika ingin membakarnya, hancurkan dahulu telefon dan kad sim. Jangan guna kad sim itu lagi. Biarkan telefon bimbit dan kad sim telah musnah walaupun anda adalah di kalangan sembilan orang yang tidak dapat panggilan hantu itu.
Sebab kenapa telefon bimbit dan kad sim harus musnah ialah untuk mengelakkan hantu itu atau yang 'lain' memanggil lagi.
4. Apa sahaja yang ditawarkan oleh hantu 'the answer man', jangan sesekali terima. Dia akan cuba apa sahaja untuk kekal dalam talian. Dia juga mungkin akan menetapkan keperluan untuk pemain menjawab soalannya. Jika ini terjadi, soalan yang akan dia berikan bertambah sukar.
5. Jangan menipu dan jangan menjawab soalan hantu itu dengan jawapan yang salah. Kononnya jika jawapan salah, pemain akan tercedera atau akan rasa seperti kesemutan di mana-mana bahagian tubuh seperti, tangan, kaki, jari dan lain-lain. Kononnya dalam masa beberapa hari atau bulan atau mungkin juga tahun, bahagian itu akan hilang seperti mungkin dalam kemalangan.
6. Jangan sesekali menamatkan panggilan. Biarkan hantu itu yang menamatkan panggilan.
Penghargaan kepada: theghostinmymachine.wordpress.com, reddit/r/nosleep, 4chan