Thursday 7 September 2017

Ke Alam Lain Dengan Elevator Game

elevator-game-hantu
sumber gambar
Elevator Game adalah permainan atau ritual di mana seseorang itu dapat pergi ke alam lain melalui lif. Walaupun kebenaran game hantu ini masih misteri, namun kes kematian seorang perempuan bernama Elisa Lam menjadikan ramai orang percaya Elevator Game sememangnya mistik.

Asal-usul Elevator Game adalah daripada sebuah laman sesawang Korea Selatan. Permainan ini memerlukan sebuah bangunan yang mempunyai sekurangnya-kurangnya sepuluh tingkat dan mempunyai lif. Pemain tidak boleh melakukan permainan ini bersama orang lain bermakna had pemain dalam game ini hanyalah seorang sahaja. Orang lain tidak boleh masuk ke dalam lif bersama pemain ketika bermain game ini atau ia akan terbatal.

Kemudian, pemain hendaklah memasuki lif dan menekan butang ke tingkat 1, 4, 2, 6, 2, 10, 5 mengikut urutan. Sudah tentu, pemain akan ke tingkat-tingkat tersebut dan pemain tidak boleh keluar. Apabila sudah sampai ke tingkat 5, seorang wanita akan masuk ke dalam lif bersama pemain. Pemain diingatkan bahawa wanita tersebut bukan manusia dan dilarang sama sekali untuk bercakap atau melihatnya walaupun wanita hantu itu bertanya kepada pemain. Malah, menyentuhnya juga dilarang.

Kemudian, pemain hendaklah menekan butang 1. Jika berhasil, lif tidak akan membawa pemain ke tingkat 1 sebaliknya ke tingkat 10 semula. Di situ, pemain sudah boleh keluar daripada lif dan jika berjaya, pemain sudah ke alam lain.

Di alam lain tersebut, dikatakan bahawa bangunan-bangunannya sama seperti bangunan di dunia manusia. Namun, bangunan-bangunan tersebut tidak mempunyai lampu bererti alam tersebut agak gelap. Satu-satunya benda yang pemain boleh lihat di luar hanyalah salib berwarna merah. Juga dikatakan tidak ada orang lain di situ kecuali pemain.

Pemain disarankan untuk tidak mengembara atau merayu terlalu jauh di alam tersebut untuk mengelakkan diri daripada sesat. Jika pemain ingin pulang, pemain mesti menggunakan lif yang sama untuk pulang ke dunia asal lalu menggunakan kombinasi yang sama seperti tadi kecuali butang 10 ditukar ke butang ke tingkat 1. Ia akan membawa pemain ke tingkat 10 tetapi sebelum ia sampai, pemain mesti menekan apa sahaja butang supaya lif akan membawa pemain ke tingkat 1. Jika bernasib baik, pemain akan kembali ke dunia asal. Tetapi pemain mesti memeriksa keadaan sekeliling dengan terperinci dahulu sebelum keluar dari lif. Jika ada sesuatu yang tidak kena, pemain dilarang untuk keluar dan harus ulang langkah tadi sehingga benar-benar yakin sudah sampai ke dunia asal. Jika sudah yakin sepenuhnya, barulah dibenarkan keluar dari lif.

Atau, pemain boleh mula dengan menekan butang 1 sahaja. Jika lif tidak bergerak, pemain hendaklah tekan sekali lagi sehingga bergerak. Jika lif sudah sampai ke tingkat 1, pemain diharuskan segera keluar sebaik sahaja pintu lif terbuka. Pemain dilarang mengeluarkan suara, dan tidak dibenarkan sesekali menoleh ke belakang.

Siapakah Wanita Dalam Elevator Game Ini?

Wanita tersebut dipercayai adalah hantu. Pemain dilarang untuk bercakap kepadanya, juga tidak boleh menyentuhnya, malah melihatnya juga tidak boleh. Jika pemain tetap melakukannya, apa yang akan terjadi tidak diketahui namun ada kemungkinan ia merbahaya. Ada juga yang mengatakan wanita hantu tersebut akan 'menyimpan' pemain jika pemain enggan untuk tidak menghiraukannya. Abaikan wanita hantu tersebut.

Misteri Salib Merah di Alam Lain Tersebut.


Setakat ini, belum tahu lagi apakah maksudnya dan mengapakah ada salib merah di alam tersebut. Ada pemain yang berkongsi cerita di mana dia tidak dapat menghampiri salib tersebut kerana jika dia mendekatinya, salib tersebut menjadi semakin jauh.

Bahaya Daripada Game Hantu Ini.

Dikatakan ada masanya ia menjadi sukar untuk pemain kembali ke dunia asal ketika bermain game ini kerana lif boleh menjadi semakin jauh jika semakin mendekatinya. Wanita hantu tersebut juga dikatakan akan menganggu pemain jika pemain cuba melanggar peraturan untuk tidak melihat, menyentuh atau bercakap dengannya. Ada juga pemain mendakwa setelah bermain permainan ini, dia dapat merasa seolah-olah ada hantu atau sesuatu mengikutinya pulang. Kesan buruk yang dipercayai daripada game hantu ini, adalah kes kematian seorang gadis bernama Elisa Lam yang dipercayai bermain Elevator Game sebelum maut.

Kes Kematian Elisa Lam.

Elisa Lam atau nama Kantonisnya, Lam Ho Yi adalah seorang pelajar yang menuntut di University of British Columbia di Vancouver, Canada. Dia lahir pada 30 April 1991 dan ditemui mati lemas pada Februari 2013 bermakna, umurnya ketika itu adalah 21 tahun dan hanya tinggal beberapa bulan sebelum berusia 22 tahun.

Pada awal bulan, Lam dilaporkan hilang pada 31 Januari 2013 sehinggalah pekerja-pekerja penyelenggaraan menemui mayatnya di sebuah tangki air di atas Hotel Cecil (Cecil Hotel) di Los Angeles pada 19 Februari 2013 dalam keadaan bogel dan pakaiannya terapung berhampirannya. Pihak Polis Los Angeles telah menemui video yang merakamkan kali terakhir dia dilihat dan mendapati kelakuan Lam yang pelik seperti keluar dan masuk lif, bercakap, dan ada masanya bersembunyi di dalam lif.

Apabila pihak polis membenarkan video tersebut kepada orang ramai, ia menjadi tular di Internet dan ramai yang mendakwa Lam sebenarnya bermain permainan hantu iaitu Elevator Game.

Turut menjadi misteri, apabila setelah dia dibedah siasat, Lam dilaporkan tiada sebarang trauma fizikal dan mendapati dia mati secara mengejut atau tiba-tiba. Cecil Hotel pula memang dilaporkan banyak kes jenayah pernah terjadi di situ. Hotel tersebut telah disaman oleh beberapa pihak termasuklah ibu-bapa Lam. Cecil Hotel diubah semula menjadi 'Stay on Main'.

Ketika hidup, Lam sebenarnya ada gangguan bipolar yang mungkin menjadi punca kelakuannya yang aneh. Apa-apa pun, ia masih menjadi misteri jika kematiannya ada kaitan dengan game hantu, Elevator Game.

Penghargaan kepada : Wikipedia, Reddit/r/Nosleep, theghostinmymachine