Ritual ini memerlukan buku berkulit keras yang berwarna merah. Sumber gambar |
Permainan ini memerlukan sekurang-kurangnya dua orang pemain.
Cara Bermain The Red Book Game.
Bahan-bahan yang diperlukan dalam permainan hantu ini.
1. Sebuah buku. Buku itu harus berkulit keras dan berwarna merah. Tidak boleh ada gambar atau imej di dalam buku itu. Buku itu hanya boleh mengandungi perkataan dan tulisan sahaja.
2. Sekurang-kurangnya sebatang lilin berwarna merah.
3. Mancis, sama ada mancis kayu atau gas.
4. Sebuah bilik yang sunyi.
5. Soalan untuk ditanya kepada hantu atau alam ghaib.
Cara Memulakan Permainan.
1. Pemain-pemain akan memulakan permainan dengan memasuki bilik yang sunyi tersebut. Tidak kisahlah bila waktu game ini dimain tetapi digalakkan pada tengah malam memandangkan bilik itu harus dalam keadaan yang gelap.
2. Tutup tingkap dan pasang langsir serta matikan lampu.
3. Duduk di dalam bulatan. Letakkan lilin merah itu di tengah dan nyalakan menggunakan mancis.
4. Pemain dikehendaki menutup mata. Letakkan tapak tangan di kulit buku itu lalu tanya soalan berikut dengan kuat dan jelas, "Buku Merah, bolehkah saya menyertai permainan kamu?".
5. Pastikan mata terus tertutup. Sambil menutup mata, buka lah buku itu ke mana-mana muka surat. Letakkan jari di muka surat yang sudah dibuka. Tidak kisah di bahagian mana.
6. Sekarang, pemain sudah boleh membuka mata. Pemain hendaklah membaca tulisan di mana jari pemain sedang berada. Ini adalah jawapan untuk pemain. Maksud ayat itu pemain tentukan sendiri tetapi biarlah bersesuaian dengan ayat. Jika jawapan itu negatif atau tidak masuk akal, komunikasi anda gagal. Jika jawapan itu positif, game boleh diteruskan.
7. Setiap pemain harus meminta dan mendapat izin sebelum menyertai permainan.
Tindakan-tindakan Seterusnya.
1. Tutup mata. Letakkan tapak tangan ke kulit buku itu lalu tanyalah soalan. Katakan soalan itu dengan suara yang jelas.
2. Teruskan menutup mata. Buka buku itu ke mana-mana muka surat. Macam tadi, letakkan jari di muka surat yang dibuka.
3. Buka mata. Baca ayat yang ditunjukkan jari. Itu adalah jawapan kepada soalan tadi. Maksudnya biarlah pemain yang tentukan sendiri.
4. Bagi buku itu kepada pemain lain. Setiap pemain yang hendak bertanya soalan harus menutup mata, meletakkan tapak tangan di kulit buku itu, bertanya soalan dengan suara yang jelas, buka mana-mana muka surat dan letakkan jari di muka surat yang dibuka. Ayat yang ditunjukkan adalah jawapan kepada soalan walaupun maksudnya ditentukan sendiri oleh pemain.
Cara Menamatkan Game.
1. Apabila semua soalan sudah ditanya, tutup mata lalu letakkan tapak tangan di buku itu sekali lagi. Katakan, "Buku Merah, bolehkah saya meninggalkan permainan kamu?".
2. Teruskan menutup mata. Buka buku itu ke mana-mana muka surat. Letakkan jari di muka surat yang sudah dibuka. Tidak kisah lah di mana kedudukan jari itu asalkan ia di muka surat buku.
3. Buka mata. Baca ayat atau tulisan yang ditunjukkan oleh jari. Ini adalah jawapan kepada soalan tadi. Jika jawapan itu negatif atau tidak masuk akal, pemain tidak mendapat izin untuk meninggalkan permainan dan boleh mencuba sekali lagi sehingga mendapat kebenaran. Tetapi jika jawapan itu positif, pemain sudah mendapat izin untuk meninggalkan game hantu ini.
4. Ingat, setiap pemain harus meminta dan mendapat izin untuk meninggalkan game.
5. Jika semua izin sudah diberi, tutup buku itu dengan perlahan. Padam api lilin kemudian buka langsir. Akhir sekali, hidupkan lampu.
Peringatan kepada Pemain:
1. Jangan tanya soalan yang anda tidak mahu tahu misalnya bila dan bagaimana anda mati.
2. Jangan tanya soalan tanpa meminta izin.
3. Jangan percaya sepenuhnya jawapan yang diberi.
4. Jangan tanya soalan yang tidak menyenangkan kepada pemain lain misalnya soalan berkaitan hal peribadi pemain lain.
5. Jangan warna kulit buku ke warna merah dan jangan pula koyakkan muka surat yang mengandungi imej semata-mata untuk bermain permainan ini. Itu boleh dikira menipu.
6. Sekali lagi, buku itu tidak boleh ada sebarang gambar.
7. Jangan pula buku kosong. Pastikan ada tulisan sahaja.
8. Setiap maklumat yang diberikan, pasti ada bayaran.
Permainan bertanyakan soalan seperti ini adalah The Answer Man. The Answer Man, memerlukan telefon bimbit dan sepuluh orang pemain. Dalam permainan itu, siapa yang berjaya menghubungi hantu itu boleh bertanya soalan kepadanya. Tetapi, setelah hantu atau makhluk alam ghaib itu memberi jawapan, dia juga akan bertanya soalan. Jika gagal menjawabnya, dia akan mencederai pemain atau mungkin membunuh.
Manakala Satoru-kun adalah permainan di mana seseorang pemain bertanya soalan kepada hantu yang dipanggil Satoru-kun. Jika berjaya menyeru hantu itu, ia akan kerap menghubungi pemain. Setiap kali ia menelefon, ia akan semakin hampir. Apabila ia sudah berada di belakang pemain, pemain dilarang untuk menoleh ke belakang atau hantu itu akan menarik pemain ke alam lain. Pemain boleh bertanya apa soalan kepada hantu itu. Malang sekali, permainan ini tidak boleh dicuba memandangkan tidak dinyatakan cara menamatkan permainan.
Apa-apa pun, jangan sesekali percaya apa yang dikatakan oleh makhluk ghaib mahu pun manusia biasa. Artikel ini bertujuan sebagai bahan bacaan sahaja. Anda dinasihatkan untuk tidak mencuba mana-mana permainan hantu dalam blog ini.
Penghargaan kepada: theghostinmymachine.wordpress.com