Sunday, 17 September 2017

Cara Mengambil Gambar Hantu Dengan The Picture Game

cara picture game hantu
game ini memerlukan kamera. sebaiknya bukan kamera digital walaupun masih boleh. sumber gambar
The Picture Game adalah sebuah permainan atau ritual yang mana membolehkan pemain-pemain menangkap gambar hantu melalui kamera. Permainan ini walaubagaimanapun tidak dapat dilakukan secara seorang diri dan penggunaan telefon bimbit adalah tidak digalakkan.

Asal-usul ritual the picture game tidak dapat diketahui dengan pasti namun dalam permainan ini, boleh dikatakan yang ia agak mencabar dan ada kemungkinan boleh menyebabkan kerasukan atau histeria.

Cara Bermain The Picture Game.

Untuk bermain permainan hantu ini, sekurang-kurangya dua orang pemain diperlukan. Lebih ramai, lebih bagus.

Bahan-bahan yang diperlukan:


1. Seutas tali. Tali tersebut hendaklah cukup panjang untuk membuat satu bulatan yang cukup besar apabila kedua-dua hujung tali diikat bersama.

2. Pisau atau gunting atau apa sahaja objek yang tajam dan boleh memotong.

3. Satu cermin kecil untuk pemain setiap seorang.

4. Kamera yang ada fungsi cahaya atau 'flash'. Sekali lagi, kamera telefon bimbit tidak digalakkan.

5. Satu gelas minum.

6. Minuman, sebaiknya alkohol. Jika memilih minuman alkohol, disarankan memilih wain.

7. Sebuah bilik yang senyap.

Permulaan dan persediaan permainan.


1. Mulakan pada waktu tengah malam.

2. Ikat kedua hujung tali untuk menjadikannya bulatan.

3. Letakkan bulatan daripada tali itu di tengah-tengah bilik.

4. Letakkan gelas minum di tengah-tengah bulatan.

5. Kemudian, tuangkan minuman yang dipilih ke gelas tersebut.

6. Semua pemain diminta duduk dalam bulatan mengelilingi bulatan tali itu. Dilarang sama sekali untuk melangkah masuk ke bulatan tali.

7. Semua pemain diminta untuk meletakkan cermin kecil masing-masing di hadapan mereka. Posisi bahagian pantulan cermin itu harus menghadap siling.

8. Matikan lampu.

Memanggil hantu.


1. Semua pemain hendaklah menutup mata mereka. Setiap pemain juga harus saling berpegangan tangan antara satu sama lain.

2. Setiap pemain harus mengatakan, "saya mempercayai kamu", secara bergilir-gilir dan tidak secara serentak.

3. Setelah semua pemain mengatakan ayat tadi bergilir-gilir, katakan "pintu itu terbuka, silakan masuk". Kali ini, secara serentak atau bersama.

4. Pemain-pemain sudah boleh membuka mata.

Permainan.


1. Mulakan dengan seorang pemain mengambil kamera. Pemain ini mestilah mengatakan, "saya dapat kamu", lalu halakan kamera itu hadapan iaitu ke tengah bulatan tali dan ambil lah sekeping gambar.

2. Setelah itu, serahkan kamera itu ke pemain lain dalam bulatan. Diingatkan kepada pemain untuk tidak melihat gambar yang diambil jika menggunakan kamera digital.

3. Pemain seterusnya juga harus mengatakan "saya dapat kamu" sebelum menghalakan kamera ke tengah bulatan tali.

4. Ulang proses ini sehingga setiap pemain mendapat tiga keping gambar bermakna kamera itu harus mengelilingi bulatan para pemain sebanyak tiga kali. Peringatan, jika ada pemain yang mula menangis atau berasa loya jangan sesekali membenarkan pemain itu mengambil gambar sebaliknya serahkan kamera kepada pemain seterusnya.

5. Setelah kamera itu telah mengelilingi bulatan sebanyak tiga kali, letakkan ia ke bawah.

Cara menghentikan permainan hantu ini.


1. Untuk menghentikan game ini, semua pemain dikehendaki menutup mata dan mengulangi ayat berikut sebanyak tiga secara serentak atau bersama-sama, "sudah tiba masanya untuk pulang".

2. Setiap pemain harus menterbalikkan cermin mereka.

3. Hidupkan lampu di bilik itu.

4. Menggunakan pisau atau gunting atau apa sahaja objek tajam yang boleh memotong, potong tali itu agar bulatan terbuka.

5. Ambil gelas itu dan kosongkan. Disarankan kepada pemain untuk mengosongkannya dengan menuang semuanya ke tanah.

6. Jika semua sudah yang di atas sudah selesai, pemain dibenarkan untuk melihat gambar yang diambil. Disarankan untuk menghapuskan kamera itu jika gambar sudah diperolehi.

Walaupun tidak ada keutamaan, ia mungkin membantu untuk melantik seorang pemain dalam game hantu ini untuk menjadi orang yang membuat bulatan tali, meletakkan dan mengisi gelas, tutup dan pasang lampu, menjadi orang yang memulakan untuk mengatakan "saya mempercayai kamu", orang pertama yang mengambil gambar, yang memotong bulatan tali dan juga orang yang mengosongkan gelas.

Peringatan kepada pemain.


Jika ada sebarang perkara berikut terjadi, jangan teruskan permainan:

1. Satu atau lebih pemain mula berkelakuan ganjil atau tidak seperti biasa.

2. Satu atau lebih pemain mengatakan yang dia berasa takut.

Andaikata salah-satu atau semua perkara di atas terjadi, tamatkan permainan hantu ini mengikut cara yang dinyatakan di atas.

Andaikata orang yang melakukan perkara di atas ada mengambil gambar,

1. Jangan lihat gambar itu.

2. Jangan teruskan permainan.

3. Hapuskan kamera.

Tidak semestinya melalui game hantu ini seseorang boleh mendapat gambar hantu. Andaikata tidak berhasil, ia adalah perkara normal. Jika berhasil, cukuplah sekadar sekali sahaja. Apa yang dikongsikan dalam artikel ini malah seluruh blog ini hanyalah sekadar perkongsian sahaja. Tidak digalakkan sama sekali untuk pembaca mencubanya. Jika ada apa-apa masalah kepada pembaca setelah mencuba game atau permainan atau ritual yang dikongsikan di dalam blog ini, pihak blog enggan untuk bertanggungjawab malah bertegas bahawa amaran sudah diberikan.

Penghargaan kepada: theghostinmymachine.wordpress.com, scaryforkids.com