Thursday, 7 September 2017

Charlie Charlie Challenge dan Cara Pemainannya

game-hantu-charlie-challenge
Charlie Charlie Challenge adalah ritual atau game memuja hantu yang mana pemain-pemain akan memuja hantu bernama Charlie. Game atau permainan ini lebih kurang sama dengan Ouija Board dan Spirit of the Coin cuma menggunakan objek yang berbeza.

Game hantu ini mula diperkenalkan di Internet dalam tahun 2008 dan berasal daripada permainan kertas dan pensil yang dipanggil Juego de la Lapicera, yang mana berasal daripada sebuah negara Eropah iaitu Sepanyol.

Juego de la Lapicera sudah dimain khususnya oleh remaja-remaja perempuan di Sepanyol dan di Amerika Hispanic selama bergenerasi untuk mengetahui siapakah pelajar lelaki di kelas mereka yang menyukai mereka atau merasakan yang mereka menarik.

Charlie Charlie Challenge dipercayai berasal dari Mexico dan mula menjadi terkenal di negara-negara yang berbahasa Inggeris pada tahun 2015. Ia tersebar dengan cukup meluas melalui penggunaan hashtag #charliecharliechallenge di mana pemain akan merakamkan aktiviti mereka berkomunikasi dengan hantu atau syaitan bernama Charlie dan memuat-naiknya ke laman sosial dan menyebarnya dengan hashtag tadi.

Cara Bermain Charlie, Charlie Challenge.


Walaupun game menyeru hantu ini lebih popular dengan dua batang pensil, ia secara asalnya menggunakan empat batang pensil. Cara permainannya agak sama seperti papan Ouija dan Spirit of the Coin di mana dua pemain akan menggunakan dua batang pensil setiap seorang dan bersama membentuk petak. Pemain akan menggunakan hujung batang pensel untuk menekan hujung batang pensil pemain lain untuk membentuk petak lalu bertanyakan soalan kepada hantu atau roh yang berhampiran. Jika ada respon, ia akan bergerak.

Cara kedua yang mana lebih popular daripada yang asal ialah dengan menggunakan dua batang pensil yang sama panjang bersama kertas atau kadbod. Kertas atau kadbod akan ditulis dengan perkataan seperti "ya" dan "tidak" di dalam satu grid yang dilukis. Grid tersebut mempunyai empat petak bermakna satu perkataan akan ditulis sebanyak dua kali. Kedudukan "ya" dan "tidak" harus tidak berada bersebelahan.

Kemudian, kedua batang pensil tadi diletakkan di atas grid. Sebatang pensil akan diletakkan secara melintang dan sebatang lagi secara menegak di atas batang pensil tadi. Game hantu ini hanya akan berkesan jika ia diletakkan secara seimbang. Kemudian, pemain akan memulakan game atau ritual ini dengan bertanyakan soalan kepada hantu bernama Charlie seperti "bolehkah kita bermain?" atau "adakah awak berada di sini?". Jika ada respon, pensil akan bergerak dan menunjuk "ya" atau "tidak" yang mana kononnya hantu tersebut sudah menjawab. Permainan diteruskan dengan bertanyakan soalan lain. Jika pemain ingin menamatkan permainan, pemain boleh meminta izin untuk berhenti seperti "Charlie, Charlie, bolehkah kita berhenti?". Jika pensil menunjuk "ya", maka pemain boleh berhenti tetapi jika sebaliknya, pemain harus membaca doa atau sembahyang mengikut kepercayaan masing-masing dan membuang atau menjatuhkan pensil tersebut dengan kuat. Juga disarankan untuk membakar kertas dan pensil tersebut setelah bermainnya. (sila rujuk gambar di atas)



Penjelasan Secara Ilmiah.

Untuk game atau permainan cara pertama, pensil tersebut bergerak bukan disebabkan roh atau hantu sebaliknya oleh fenomena ideomotor, dimana pemain sendiri yang menggerakkan pensil tanpa sedar. Untuk permainan cara kedua, kedudukan pensil yang berada di bahagian atas berada di titik tengah pivot menjadikannya hampir tidak stabil sehingga ia boleh berputar dengan sangat mudah dan boleh digerakkan oleh angin atau nafas pemain. Tambahan lagi, permainan atau ritual ini pula diketahui kononnya bertujuan untuk memanggil hantu yang mana menyebabkan pemain berasa takut dan bernafas lebih kuat daripada biasa ketika mencubanya.

Selain itu, Charlie, Charlie Challenge ini dipercayai berasal daripada Mexico. Menurut Maria Elena Navez dari BBC Mundo, "Tidak ada jembalang yang bernama 'Charlie' di Mexico". Dia juga memberikan pendapat bahawa hantu atau jembalang Mexico dengan nama Inggeris biasanya rekaan orang Amerika.

Kesan Permainan Charlie Charlie Challenge Kepada Masyarakat.


Walaupun sains sudah menafikan kewujudan hantu atau entiti dalam game ini, namun tidak dapat dinafikan ia memberi kesan yang agak serius setelah di'tweet' lebih 1.6 juta kali di Twitter ketika ia masih hangat. Salah-satunya ialah apabila Kementerian Pendidikan Fiji bertindak mengharamkan game hantu ini.

Selain itu, tiga orang guru di Tavua, Fiji dibawa ke balai polis untuk disoal siasat setelah didakwa memaksa murid-murid bermain permainan memanggil hantu ini. Walaubagaimanapun, dilaporkan segala tuduhan terhadap mereka sudah digugurkan.

Pada Mei 2015, empat remaja perempuan dihantar ke hospital di Tunja, Colombia setelah mengalami histeria. Pada April 2017, kerajaan Timur Libya mengharamkan game ini setelah enam orang mati kerana bunuh diri.

Namun, pada bulan dan tahun yang sama, ada juga laman sesawang parodi, The Racket Report yang mendakwa mereka memang tidak memberikan maklumat yang benar telah menge-post lebih lima ratus artikel atau berita palsu mengenai kematian yang kononnya 'misteri' akibat bermain game hantu ini.

Penghargaan kepada: Wikipedia