gambar Teddy Bear dipilih sebagai hiasan. Sumber gambar |
Amat digalakkan kepada pembaca untuk tidak mencuba permainan hantu ini. Tetapi jika masih ingin mencubanya, pembaca hendaklah mempunyai kekuatan mental yang tinggi.
Cara Bermain Hitori Kakurenbo.
Bahan dan Tempat yang Diperlukan Pemain.
Untuk memulakan game hantu ini, pertama sekali pemain hendaklah mempunyai sebuah patung. Patung tersebut hendaklah mempunyai kaki. Pemain juga dinasihatkan untuk tidak sesekali menggunaka patung manusia kerana dikatakan hantu atau entiti yang akan mendiami patung tersebut tidak akan keluar daripada patung tersebut. Pemain masih boleh menggunakan patung haiwan.
Selain itu, pemain memerlukan beras. Memandangkan tidak dinyatakan jenis beras yang diperlukan, bermakna pemain boleh menggunakan apa sahaja jenis beras. Pemain tidak perlulah membazirkan beras wangi. Beras tersebut akan digunakan untuk menggantikan kapas di dalam patung yang akan dirasuk hantu nanti.
Kemudian, untuk bermain game hantu ini, pemain hendaklah mendapatkan sesuatu daripada badan pemain seperti kuku untuk mewakili atau mereplikasikan pemain kepada patung tersebut. Ini bermakna jika pemain melakukan sesuatu kepada patung tersebut, perkara sama akan berlaku kepada pemain. Apa sahaja bahagian badan pemain hendaklah betul-betul daripada badan pemain sendiri. Pemain dilarang sama sekali menggunakan bahagian badan orang lain kerana ia hanya akan menyebabkan patung tersebut menggantikan orang itu menyebabkan game ini tidak berhasil dengan sempurna.
Pemain kemudian dikehendaki menyediakan satu objek yang ada bucu tajam. Ini bertujuan untuk menaikkan kemarahan hantu atau entiti di dalam patung tersebut dengan menikamnya. Pemain sangat dilarang untuk menggunakan objek yang merbahaya seperti pisau atau gunting. Ini kerana ada kemungkinan besar hantu dalam patung itu akan menikam pemain menggunakan objek sama yang ditikam kepadanya jika hantu tersebut berjaya menemui pemain. Pemain sangat dinasihatkan untuk menggunakan kayu pencungkil gigi sahaja.
Selain itu, pemain harus mempunyai benang merah. Ini bertujuan untuk menjahit patung nanti setelah pemain menggantikan isinya dengan beras. Pemain juga harus mempunyai garam atau air garam untuk menghalau hantu daripada patung tersebut setelah game atau permainan ini tamat.
Pemain hendaklah mengisi tab dengan air kerana ia akan diperlukan. Jika pemain tidak ada tab di rumah, pemain boleh menggantikannya dengan besen berisi air yang cukup besar untuk meletakkan patung tersebut di dalamnya. Akhir sekali, pemain mesti ada satu tempat atau kawasan yang selamat. Jika sudah tiba giliran hantu dalam patung tersebut mencari pemain, ia sangatlah penting untuk pemain bersembunyi atau berlindung di dalam tempat yang dipercayai suci mengikut kepercayaan agama pemain. Misalnya sebuah bilik yang penuh dengan simbol atau sesuatu berunsur keagamaan.
Cara Memulakan Permainan atau Ritual Hitori Kakurenbo.
1. Pertama sekali, pemain hendaklah memberikan patung yang akan digunakan satu nama. Kemudian, pemain akan memootong sedikit patung tersebut untuk mengeluarkan isinya lalu menggantikan dengan beras dan bahagian badan pemain yang telah disediakan awal tadi. Kemudian, pemain harus menjahit semula patung tersebut tetapi kali ini menggunakan benang merah yang disediakan tadi dan balutkan patung tersebut menggunakan lebihan benang tadi. Ini amat penting kerana ia bertujuan untuk mengekang hantu atau entiti di dalam patung tersebut.
2. Pemain kemudian akan mengisi tab mandi atau besen dengan air dan menunggu sehingga tepat pukul 3:00 pagi (03:00). Ada versi yang mengatakan pemain tidak perlu menunggu sehingga tepat pukul 3 pagi untuk bermain game atau permainan hantu ini namun ia terpulang kepada pemain.
3. Pemain dikehendaki menutup semua lampu di dalam rumah atau tempat permainan ini dimain. Pemain hanya perlu biarkan televisyen sahaja yang berpasang. Dikatakan ia akan berubah bergantung dengan kedudukan patung yang berhantu tersebut.
4. Apabila waktu sudah tepat pukul 3:00 pagi, pemain harus membawa patung tersebut ke dalam bilik mandi dan berkata, "saisho wa *nama pemain*!" sebanyak tiga kali sambil menutup mata lalu letakkan patung tersebut ke dalam tab atau besen berisi air tadi. Sekarang, ia adalah giliran pemain untuk mencari patung tersebut tetapi pemain harus ke tempat lain dahulu dan dilarang untuk toleh ke belakang. Kononnya ketika ini, hantu atau entiti sedang merasuki patung tersebut.
(saisho wa = yang pertama adalah)
5. Kemudian, pemain mestilah mengira satu hingga sepuluh secara perlahan lalu kembali semula ke bilik air dan jika patung tersebut masih di situ, pemain mesti mendekati patung tersebut dan mengatakan "mitsuketa *nama patung*!" lalu tikam patung tersebut dengan objek tajam yang disediakan tadi. Kemudian, pemain hendaklah menutup mata dan mengulangi, "ima *nama patung* wa oni desu!", yang mana bermaksud "sekarang giliran *nama patung*" sebanyak tiga kali. Pemain hanya perlu membiarkan sahaja objek tadi di badan patung berhantu tersebut lalu memasukkan air garam ke dalam mulut. Pemain harus berhati-hati agar tidak tertelan air garam itu kerana ia untuk melindungi diri daripada hantu dalam patung tersebut serta untuk menamatkan permainan ini. Pemain mesti segera ke tempat untuk bersembunyi. Ketika inilah pemain digalakkan bersembunyi di tempat yang penuh dengan unsur-unsur keagamaan. Pemain juga diminta untuk sentiasa membawa segelas atau sebotol air garam bersama.
(mitsuketa = saya jumpa awak)
6. Untuk menamatkan game atau permainan yang melibatkan hantu ini, pemain mestilah keluar daripada tempat bersembunyi untuk mencari patung berhantu tersebut. Dipercayai yang ia mungkin telah berpindah. Jika pemain sudah berjaya menjumpai patung berhantu itu, pemain mesti minum air garam dalam mulut kemudian tuangkan air garam tadi di sekeliling patung berhantu itu. Pemain akan menutup mata dan menjerit atau katakan dengan suara yang lantang dan tegas, "saya menang!" sebanyak tiga kali. Disarankan juga kepada pemain untuk mengatakannya dalam bahasa Jepun atau dua bahasa untuk langkah berjaga. Bererti tiga kali dalam bahasa Jepun, tiga kali dalam bahasa ibunda pemain. Hantu dalam patung akan menyerah dan permainan hantu ini menjadi tamat.
7. Setelah itu, pemain haruslah menanam patung tersebut dengan garam yang banyak. Kaedah yang difirkan penulis, ialah dengan menggali lubang, tuangkan garam, lalu letakkan patung itu, lalu tuangkan lagi garam. Lubang juga harus cukup besar dan dalam. Biarkan patung itu berada di tengah-tengah lubang atau perhatikan saja gambar di bawah.
Ini bertujuan untuk menghalang hantu memasuki semula patung tadi. Ada juga versi yang mengatakan untuk meletakkan garam di setiap sudut rumah terutama sekali di tempat patung itu ditemui atau dilihat.
Amaran Keras Kepada Pemain.
1. Jangan sesekali bermain permainan hantu ini lebih dua jam kerana ia akan menyukarkan pemain untuk menghalau hantu daripada patung itu.
2. Seperti dalam langkah keempat, jangan toleh ke belakang ketika mencari tempat bersembunyi.
3. Pemain dilarang untuk bermain game ini ketika ada orang lain di rumah kerana ada kemungkinan orang itu pula yang akan ditemui oleh hantu itu dan menyebabkan kecederaan kepadanya.... secara fizikal atau pun mental.
4. Permainan hantu ini harus dimain seorang diri kerana jika lebih daripada seorang, ada kemungkinan dia akan dirasuk.
5. Jangan hidupkan lampu ketika bermain game ini. Biarkan televisyen sahaja berpasang.
6. Jangan tertidur. Ada kemungkinan besar hantu itu akan menjumpai pemain ketika tidur dan merasuk.
7. Jangan keluar daripada rumah melainkan jika ingin menamatkan permainan ini. Itupun jika patung itu tidak ditemui di rumah. Jika pemain keluar daripada rumah, dikatakan patung itu akan mencari dan menemui pemain.
8. Jangan main permainan hantu ini jika takut apatah lagi jika lemah semangat. Jangan cabar orang lain juga.
9. Pemain dilarang memberikan patung itu nama sendiri atau nama kenalan. Jika buat juga, pemain atau kenalan akan terkena sumpahan.
10. Jika belum menamatkan permainan, jangan minum air garam itu. Ia boleh melindungi pemain.
11. Sentiasa senyap ketika bermain permainan hantu ini agar tidak ditemui oleh patung berhantu itu.
12. Jangan kunci rumah atau tingkap andaikata ada terjadi masalah.
13. Pastikan pemain membawa telefon bimbit bersama dalam keadaan bateri penuh dan signal kuat. Pastikan status sim masih aktif dan cukup kredit. Namun, pastikan telefon bimbit itu dalam mod senyap dan cahaya telefon bimbit itu dalam mod paling rendah.
14. Jika patung berhantu tersebut menemui pemain, ia akan menikam pemain menggunakan objek yang pemain tikam kepadanya tadi. Sebab itulah dinasihatkan menggunakan pencungkil gigi sahaja. Ia juga akan merasuk pemain.
15. Lebih baik jangan buat langsung.
16. Entiti yang dipanggil, mungkin lebih dari satu. Entiti yang akan dipanggil ini mungkin tahu apa sebenarnya niat pemain. Jadi, jika ada diantara mereka yang menggunakan Hitori Kakurenbo untuk membinasakan orang lain, ia akan tahu. Dan jika ia tahu.... nasib buruk yang lebih dahsyat akan terkena kepada orang yang ingin membinasakan orang lain itu.
Apa yang dikongsikan di dalam blog ini hanyalah sebagai perkongsian info sahaja. Penulis menasihatkan untuk tidak mencuba mana-mana permainan dalam blog Game Hantu ini. Jika berdegil, penulis enggan bertanggungjawb.
Sumber dan penghargaan kepada: hideandgokill.wikia
Ada blog yang berkongsi cara yang sedikit berbeza. Silakan cari dan periksanya dengan sendiri. Dan untuk pengetahuan, ada yang ditambah sedikit sendiri ke dalam artikel ini untuk menjadikannya lebih selamat.