Friday, 8 September 2017

Asal-Usul Papan Ouija, Cara Permainan dan Penjelasannya

game-hantu-papan-ouija
Versi awal Papan Ouija. Sumber gambar
 Papan Ouija adalah sebuah game atau ritual yang mana membolehkan pemain dapat berkomunikasi dengan hantu atau makhluk alam ghaib. Papan Ouija biasanya mempunyai angka 0 hingga 9, abjad A hingga Z, Perkataan 'Ya', 'Tidak', dan 'Selamat Tinggal'. Game menyeru hantu ini juga sentiasa dimain menggunakan 'planchette'.

Apakah itu planchette?

Planchette adalah sejenis alat yang biasa digunakan sebagai alat komunikasi dengan hantu atau dunia roh. Planchette biasanya diperbuat daripada kayu. Namun, di papan Ouija, planchette mempunyai kanta pembesar untuk memudahkan pemain melihat perkataan atau angka yang ditunjukkan. Penggunaan planchette cukup terkenal ketika era Victoria.

Kewujudan permainan seperti Ouija ini sudah lama wujud. Malah, hasil kajian menunjukkan ritual berkomunikasi dengan hantu ini sudah ada di China pada sekitar 1100 selepas masihi menurut dokumen-dokumen sejarah dinasti Song.

Papan Yang Berbicara (Talking Boards).
Papan Ouija juga mungkin dikenali sebagai Talking Boards. Sebagai sebahagian gerakan para spiritualis, medium mula digunakan sebagai cara untuk berkomunikasi dengan si mati. Ketika Perang Saudara Amerika di Amerika Syarikat, medium mula digunakan oleh mereka yang terselamat untuk berkomunikasid dengan saudara-mara yang sudah tiada.

Papan Ouija.

Elijah Bond, seorang ahli perniagaan mendapat idea untuk mempatenkan planchette yang dijual bersama sebuah papan dengan abjad yang di-print di atasnya sama seperti Talking Boards. Paten telah difailkan pada 28 Mei 1890. Tarikh keluaran paten pula pada 10 Februari 1891.

William Fuld, salah seorang pekerja Bond telah mengambil alih produksi permainan ini. Pada 1901, Fuld memulakan produksi talking boards dibawah nama 'Ouija'. Charles Kennard, pengasas Syarikat Kennard Novelty (novelty bermaksud 'pembaharuan'), yang mana juga merupakan individu yang mengilangkan game hantu ini mendakwa Fuld mendapat nama 'Ouija' daripada bahasa Mesir Purba yang bermaksud 'Semoga Bertuah/Berjaya' atau 'Good Luck'. Namun Fuld mempopularkan etimologi yang lebih diterima ramai yang mana 'Ouija' adalah kombinasi perkataan 'ya' dalam bahasa Perancis dan Jerman.

Fuld telah mencipta semula sejarah game hantu ini dan mendakwa dialah yang menciptanya. Game hantu ini mencapai zaman kegemilangannya pada 1920an hinggalah 1960an. Fuld telah mengenakan saman kepada banyak syarikat kerana menggunakan nama 'Ouija' dan konsepnya sehinggalah dia meninggal dunia pada tahun 1927. Pada 1966, estet Fuld telah menjual seluruh perniagaan kepada Parker Brothers yang mana kemudiannya dijual kepada Hasbro pada 1991. Hasbro kekal menjadi pemilik papan Ouija sehingga ke hari ini dan dalam sepuluh jenama talking boards pula dijual hari ini dengan pelbagai nama.

Cara Bermain Papan Ouija.

Pemain sebaiknya bermain game hantu ini bersama rakan. Pemain juga boleh melakukannya pada tengah malam untuk merancakkan suasana namun tiada masalah untuk melakukan pada siang hari. Tempat tersebut sebaiknya sunyi atau tiada gangguan. Kemudian, semua pemain hendaklah meletakkan jari mereka di atas planchette dan mula berkomunikasi dengan hantu atau roh yang berhampiran. Boleh mula dengan ayat seperti, "adakah ada roh yang sudi berkomunikasi dengan kami?".

Ia mungkin mengambil masa untuk mendapat respon daripada hantu. Namun jika ada respon, pemain boleh teruskan game dengan pertanyaan lain. Jika ingin berhenti, pemain hendaklah meminta izin daripada hantu tersebut.

Tidak ada cara spesifik untuk bermain game ini. Tidak semestinya memerlukan planchette. Boleh ganti dengan objek lain sebagai penunjuk/

Penjelasan Secara Ilmiah.

Melalui kajian, game papan Ouija tidak melibatkan sebarang hantu sebenar sebaliknya hanya satu fenomena ideomotor. Fenomena ideomotor ini adalah fenomena di mana tubuh atau otot bergerak tanpa sedar. Misalnya jika seseorang itu tersentuh sesuatu yang amat panas, tubuh badannya akan memberi reaksi terkejut dan melakukan sesuatu pergerakan misalnya berundur atau melompat, atau hanya menarik semula tangannya.

Fenomena ideomotor juga boleh menjadi penjelasan kepada game papan Ouija di mana mungkin salah-seorang daripada pemain atau semua menggerakkan planchette tanpa disedari mereka dan menyangka ia adalah daripada perbuatan hantu walaupun sebenarnya sebaliknya. Fenomena ideomotor juga boleh menjadi penjelasan kepada permainan lain selain papan Ouija seperti Spirit of the Coin.

Cara Main Game Papan Ouija Yang Lebih Selamat.

Walaupun ia mungkin fenomena ideomotor, tidak ada salahnya jika dikongsikan cara yang lebih selamat bermain papan Ouija untuk mengelakkan kes kerasukan hantu atau histeria.

1. Lakukan di siang hari di tempat yang terang.

2. Lakukan di tempat yang aman dan damai.

3. Lakukan beramai-ramai.

4. Elakkan lakukan game hantu ini di rumah.

5. Pastikan tempat bersih.

6. Jangan buat di tanah perkuburan.

7. Main game ini ketika dalam mood yang baik dan bersopan-santun.

8. Jangan buat ketika sakit.

9. Jangan berada dalam keadaan mabuk atau di bawah pengaruh dadah.... walaupun tidak ingin bermain game papan Ouija.

10. Berhenti jika sudah berasa takut.

11. Andaikata hantu tersebut ingin 'menolong', jangan sesekali benarkan.

12. Meminta izin menamatkan game dengan penuh sopan.

13. Sebaiknya janganlah bermain game memanggil hantu seperti ini.


Penghargaan kepada: wikipedia, wikihow