Thursday, 14 September 2017

Cara Bermain Permainan The Three Kings

contoh saiz cermin yang akan digunakan. Tidak perlu sebesar ini, tidak juga terlalu kecil. sumber gambar
The Three Kings adalah permainan di mana seseorang pemain akan menjadi 'raja' dan 'ditemani' oleh seorang 'ratu' dan si 'bodoh' (the fool) yang dipercayai bukan datang dari dunia manusia atau dengan istilah yang paling mudah, hantu. The Three Kings game datang dari seorang pengguna Reddit, FableForge.

Menurut FableForge, ini adalah cara yang agak selamat untuk mengakses (bukan masuk) ke 'Bahagian Bayang' (Shadowside) yang mana mungkin maksudnya ialah alam lain. Juga peringatan daripada FableForge, jika rasa tidak dapat buat dengan betul pada percubaan pertama, ini bukan untuk anda. Jika anda ada mengkonsumi alkohol atau dadah pada malam sebelum melakukan permainan hantu ini, anda akan mengalami waktu yang malang. Jika anda sedang mengalami isu serius dalam hidup anda dan berasa tidak stabil dari segi mental dan spiritual, atau hanya melakukan ini semata-mata untuk melepaskan diri, anda akan mengalami waktu yang tidak baik. Jika anda enggan mengikut atau melanggar peraturan yang ditetapkan oleh pengguna Reddit ini yang mana dia mendakwa ada sebab tersendiri, anda akan mengalami waktu yang buruk.

Apa-apa pun, game The Three Kings ini kononnya membolehkan seorang pemain mengakses alam lain atau mendapat pengetahuan daripada dunia itu. Seperti yang dinyatakan tadi, dalam game yang melibatkan hantu ini, pemain akan menjadi seorang 'raja' bersama dua orang lagi 'ratu' dan 'si bodoh' namun pemain akan sukar untuk menentukan yang mana satu ialah 'ratu' dan sebaliknya.

Cara Bermain Permainan The Three Kings.

Untuk memulakan game ini, anda memerlukan dua orang untuk bermain. Seorang akan menjadi pemain dan seorang akan menjadi pembantu. Pembantu yang dipilih sebaiknya orang tersayang atau yang mengambil berat terhadap pemain.

Bahan dan Tempat yang Diperlukan Untuk Main Game The Three Kings.

- Sebuah bilik yang cukup besar, sunyi serta kosong. Bilik tersebut sebaiknya bilik yang tidak mempunyai sebarang tingkap. Jika ada tingkap, anda hendaklah menutup tingkap itu sepenuhnya dengan menggunakan tabir atau kain. Jika rumah anda ada bilik bawah tanah, ia adalah cukup baik.

- Satu pek atau satu kotak lilin.

- Mancis.

- Sebaldi air dan gayung.

- Satu kipas elektrik jenis yang berdiri.

- Dua cermin yang besar. Saiz cermin tersebut sebaiknya sama besar seperti badan anda atau sebesar cermin almari.

- Tiga kerusi.

- Sebuah jam penggera.

- Satu telefon bimbit. Pastikan ia cukup kredit dan aktif dan paling penting, baterinya harus penuh.

- Sebuah objek dari zaman kanak-kanak anda yang mana mempunyai nilai sentimental bagi anda.

 Langkah-langkah Bermain The Three Kings Game:
Persediaan.

1. Mulakan pada pukul 11:00 malam (23:00). Jangan mulakan jika pembantu anda tidak ada atau belum datang. Pembantu anda hendaklah kekal di rumah anda sepanjang permainan hantu ini.

2. Pergi ke bilik yang anda sudah bilik seperti yang diminta di atas tadi. Pastikan bilik itu gelap.

3. Letakkan sebuah kerusi di tengah-tengah bilik untuk anda duduk. Kerusi itu hendaklah menghadap arah utara. Kemudian, letakkan kedua-dua kerusi di kiri dan kanan kerusi anda. Pastikan kerusi itu menghadap kerusi anda. Jarak antara kerusi itu dengan kerusi anda sekurang-kurangnya sama panjang dengan panjang lengan anda. Kerusi anda adalah kerusi 'raja' manakala dua lagi kerusi di kiri dan kanan yang menghadap anda adalah kerusi 'ratu' dan 'si bodoh'.

4. Letakkan cermin besar tadi di kerusi 'si bodoh' dan 'ratu'. Biarkan ia menghadap anda tapi pastikan kedudukan cermin itu pada 90 darjah. Jika anda duduk di kerusi yang mana dianggap takhta anda sebagai raja sambil melihat ke depan, anda sepatutnya boleh menerima atau melihat pantulan anda di kedua cermin itu tanpa perlu menggerakkan kepala mahupun mata. Jika tidak, betulkan. Tetapi jika hanya boleh melihat sedikit sahaja, itu sudah boleh.

5. Letakkan baldi berisi air serta gayung di hadapan anda. Tidak perlu terlalu dekat sangat sehingga anda boleh capai.

6. Letakkan kipas elektrik tadi di belakang takhta anda. Set kipas itu kepada rendah atau sederhana. Jangan pasang kipas itu ke maksimum.

7. Tinggalkan bilik itu tapi biarkan pintunya terbuka.

8. Pergilah ke bilik anda (bukan bilik tadi). Sediakan lilin dan mancis, tetapkan penggera pada pukul 3:30 pagi (0330) dan telefon bimbit di sebelah anda. Pastikan telefon bimbit anda sedang mengecas.

9. Tutup lampu dan peganglah objek sentimental yang anda pilih. Baringlah di atas katil dan tidur.

Cara bermain permainan hantu ini.

1. Bangun pada pukul 3:30 pagi. Matikan penggera tapi jangan hidupkan lampu. Pegang objek sentimental anda, ambil telefon bimbit, nyalakan satu lilin dan kembali ke bilik tadi di mana anda akan lakukan permainan ini. Anda harus cepat kerana anda mesti duduk di takhta anda pada pukul 3:33 pagi. Jangan lupa bawa objek sentimental anda.

2. Jangan teruskan sebaliknya anda dan pembantu anda harus segera keluar dari rumah dan jangan kembali selepas pukul 6:00 pagi jika ada di antara hal-hal berikut terjadi:

 * Telefon bimbit tidak bercas.
 * Penggera tidak tertutup tepat pukul 3:30 pagi.
 * Anda mendapati pintu bilik di mana takhta (kerusi tadi) anda berada tertutup.
 * Anda mendapati kipas di bilik itu tertutup.
 * Anda tidak duduk di takhta anda pada pukul 3:33 pagi.

3. Jika mana-mana perkara di atas tidak terjadi, anda boleh teruskan game hantu ini. Duduklah di takhta anda dan jangan lihat terus ke cermin. Gunakan pandangan periferi anda sahaja (silakan google) dan jangan biarkan lilin terpadam. Gunakan badan anda untuk menghalang angin kipas daripada memadam cahaya lilin.

4. Kekal fokus. Jangan lihat ke cermin dan jangan lihat lilin. Jika ada soalan yang anda ingin tanya, tanyalah kerana permainan ini sudah bermula. Ada kemungkinan anda tidak akan menerima maklum balas tetapi jika ada, ia mungkin datang daripada cermin itu. Tetapi apa pun yang terjadi, jangan sesekali lihat cermin itu. Dikatakan anda boleh tanya apa sahaja soalan dan jawapan yang diberikan mungkin juga dalam bentuk persoalan. Salah satu cermin itu mungkin si 'ratu' atau 'si bodoh' atau mungkin anda pula 'ratu' atau 'si bodoh'. Tugas anda adalah mencari siapakah 'raja', 'ratu' dan 'si bodoh'. Tidak mengapa jika gementar tapi cuba tahan.

5. Kekal di takhta anda sehinggalah pukul 4:34 pagi (0434). Cara untuk menghentikan permainan hantu ini ialah pembantu anda. Dia akan ke bilik anda dan memanggil anda untuk menamatkan game. Jika gagal, dia harus menghubungi telefon bimbit anda. Jika tidak berjaya, dia mesti masuk ke bilik dan menggunakan air di baldi tadi untuk menyiram anda di wajah. Jika anda keliru, objek sentimental itulah yang akan membimbing anda. Ingat, pembantu tidak boleh menyentuh pemain.

 *FableForge menegaskan untuk patuh kepada peraturan.

 *Anda dan pembantu anda tidak boleh berada di rumah jika masalah-masalah di nombor 2 terjadi sehinggalah selepas pukul 6:00 pagi.

 *Jangan main permainan hantu ini jika anda tidak mempercayai pembantu anda. Pilihlah orang tersayang yang mana juga amat menyayangi anda.

 *Jangan sesekali melihat cermin ketika bermain The Three Kings Game.

 *Pembantu anda mesti bersama anda sepanjang permainan ini bermakna sejak pukul 11:00 malam lagi tetapi dia tidak boleh berada 
di dalam bilik anda bermain game ini kecuali jika terpaksa bermakna jika dia terpaksa menyiram anda dengan air di baldi tadi. Namun dia tidak boleh menyentuh anda.

 *Jika anda terpaksa keluar dari rumah, pastikan anda dan pembantu bawa sekali binatang perliharaan di rumah anda ke tempat lain.

 *Walaupun seperti tiada apa yang terjadi, kekal berada di takhta anda sehingga pukul 4:34 pagi.

 *Jangan hentikan begitu sahaja. Biarkan kawan anda memanggil anda pada pukul 4:34 pagi seperti yang dinyatakan tadi.

 *Jika cermin itu terjatuh sebelum anda memulakan permainan atau sebelum pukul 3:30 pagi, jangan teruskan permainan. Ia mungkin petanda buruk.

 *Jika pembantu terpaksa masuk ke bilik, sebaiknya dia cuba untuk tidak melihat ke cermin.

 *Jangan terlebih masa pula.

 *Jangan main game hantu ini dalam keadaan mabuk atau di bawah pengaruh dadah.

 *Jika lilin terpadam, game juga akan terbatal. Bermakna, jika badan anda tiba-tiba tergerak atau 'digerakkan', angin kipas akan memadam lilin dan membatalkan game. Ia hanya untuk tujuan kecemasan sahaja.

Penghargaan kepada: FableForge, Reddit/r/nosleep, theghostinmymachine.wordpress.com